Gallery

KULIT CANTIK , BERSERI-SERI…AWET MUDA



Kulit cantik , halus mulus, tipu la andai orang perempuan tak nak cantik. Dekat mulut cakap “tak pe la tak cantik pun, tak kisah”. Padahal dah habis produk guna, dah habis losyen pakai tapi tak cantik-cantik juga…

Orang kata wanita akan lebih cepat  nampak tua berbanding lelaki.  Katakan contoh; en.suami sama umur sebaya dengan kita, umur sama 40 an, tapi kita nampak macam dah masuk umur EMAS, en suami nampak macam umur 30 an..maintain… HARU & NGERI KOT…hehehe


Jom kita baca. Info ini saya ambil daripada Utusan Online
…………………………………………………………………………………………………


Vitamin Untuk Kulit

Soalan:

Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan:

Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.

Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

.................................................................................................................................................................


Kesimpulannya macam mana?? Nak muka awet muda ke muka kedut teruk sebelum masanya?

Anda boleh pilih nak ambil suplemen atau consume mana-mana produk kecantikan luaran. 

Hati-hati kerana ada beberapa produk kecantikan luaran sekarang yang tidak dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Cuba check adakah produk kecantikan yang anda guna dapat kelulusan daripada KKM atau tak?

Shaklee memudahkan hidup anda sokmo =)

GLA Complex

Vita-E Complex


Sustained Release VITA -C


Tak pun boleh ambil cadangan Set Kulit Cantik Shaklee.. In Sha Allah banyak manfaat kesihatan yang andai dapat. Saya dah cuba , anda bila lagi ??






Hubungi saya sekarang untuk dapatkan harga ISTIMEWA dari saya.







Bahijah Marzuki
SID 1034684

Facebook: Nur Bahijah Marzuki
Emel: masterbahijah@gmail.com
SMS /Whatssap  014-8281356





KULIT CANTIK , BERSERI-SERI…AWET MUDA KULIT CANTIK , BERSERI-SERI…AWET MUDA Reviewed by bahijah on 2:56 AM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.